Profil Pengarah

profil1PENGARAH/PENGERUSI

YB USTAZ DATO’ HAJI MOHD AMAR BIN HAJI ABDULLAH

 

Dilahirkan pada 29 Julai 1959 di Jalan Hulu Kota yang kini merupakan tapak Wisma Hasil Dalam Negeri Kota Bharu dan merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Haji Abdullah Bin Haji Arshad (Pak Nik Lah) dan YM Hajjah Tengku Chik Binti Tengku Ibrahim. Bonda Dato’ Nik Amar merupakan cicit kepada Sultan Muhammad III melalui nendanya YM Tengku Halimah Binti Tengku Long Zainal Abidin Bin Sultan Muhammad III.

Dididik dengan disiplin Islam yang ketat sejak kecil oleh ayahandanya serta bersama-sama tinggal dan mendapat pendidikan awal di Pondok Tok Ayah Kedah, Panchor yang diasaskan oleh datuknya. Dalam masa yang sama beliau bersekolah di Sekolah Melayu Majlis (1965 – 1971) dan meneruskan pengajian hingga ke peringkat Sarjana Falsafah (Master of Philosophy) di University of Birmingham, England. (1985 – 1988)

Sebelum bergiat aktif dalam politik, beliau merupakan seorang Pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya, Selangor dan sempat berkhidmat dari 1983 hingga 1995. Beliau juga sebelum itu pernah menjawat sebagai Penguasa Kastam (Sangkut) selama setahun di Pulau Pinang. Selain berada dalam Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

Pada Mei 2013, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah/Pengerusi PMBKD pada 01 Januari 2014.

 

 

profil2

PENGARAH

YB DATO’ HJ ABDUL FATTAH MAHMOOD

Dilahirkan pada 16 September 1963, di Kampung Domis, Bukit Panau, Tanah Merah, beliau merupakan anak kepada pengasas Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ar Rahmaniah, Kampong Paloh, Bukit Panau.

Bapanya Tuan Guru Mahmood Mat Sah, menetap di Mekah selama 17 tahun untuk mendalami ilmu agama.

Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Kemudian menyambung belajar di Kolej Islam Kelang. Seterusnya beliau meneruskan pembelajaran di dalam jurusan optometri di UKM – Ijazah Sarjana Muda pada 1990.

Semasa di UKM, beliau seorang yang aktif, menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Optometri dan Timbalan Yang Dipertua Kolej Tun Dr Ismail (1985-1986). Kini, beliau menjadi Lembaga Pengarah Konsortium Koperasi Kelantan Bhd, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kosri Kelantan dan Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia Bahagian Kota Bharu.

Kini, beliau adalah merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dengan berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kela ntan yang dilantik pada 2013.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pengarah PMBKD pada 01 Januari 2014.

profil3PENGARAH

DATO’ SERI TENGKU DR ZAINAL ADLIN BIN TENGKU MAHAMOOD

Dilahirkan pada 18 Jun 1940. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif (Non-Executive Deputy Chairman) di NPC Resource Berhad pada 31 Januari 2002. Beliau kemudiannya ditukar kepada Timbalan Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas pada 12 Julai 2004.

 

Beliau memperolehi Kursus Lanjutan Sijil Pentadbiran Kerajaan Tempatan dari University of Birmingham, United Kingdom dan Institute of Local Government Studies, Sigtuna, Sweden pada tahun 1967. Pada tahun 1981 pula, beliau memperolehi Top Management Programme Certificate dari Asian Institute of Management, dan pada tahun 1995 beliau telah dianugerahkan Doktor Falsafah (Hon.) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Beliau pernah berkhidmat dalam Kelantan Civil Service dan Malaysian Home and Diplomatic Service. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah, Pemangku Pegawai Daerah dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 1961-1967 seterusnya beliau telah dipindahkan dari Home and Diplomatic Service kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk lima (5) tahun (1968-1973) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perumahan Negeri Sabah. Dari tahun 1974 sebelum beliau bersara daripada perkhidmatan Kerajaan pada tahun 1996, beliau telah berkhidmat di Yayasan Sabah dalam pelbagai jawatan termasuk Pengurus Kumpulan Projek Pembangunan, Timbalan Pengarah, Timbalan Kumpulan Pengarah Urusan dan Penasihat Korporat. Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Kerajaan Negeri Sabah sejak Mei 2000 hingga sekarang. Beliau merupakan Presiden Emeritus dan bekas Pengerusi Kumpulan World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia.

Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah PMBKD pada 16 Februari 2012.

PENGARAHProfil4

YB AZAMI BIN MOHD NOR

Lahir pada 18 Oktober 1957, yang mana sekarang beliau berusia 58 tahun dan menetap di PT 787 Jalan Puteri Saadong, Mukim Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan &Kebajikan Negeri Kelantan.

Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Kadok, Kota Bharu Kelantan).

Mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang Penilaian Hartanah yang mana beliau memiliki syarikat beliau sendiri iaitu Azami & Co.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 16 Februari 2012.

 

tDr MazlanPENGARAH

SR DR MOHD MAZLAN HJ CHE MAT, JMK, CVM

FRISM, FIVMM-Life, FMIM, MIVMA (Australia), MCIM (UK), Reg. QS Dilahirkan pada 31 Ogos 1959, beliau mempunyai sifat semulajadi yang gemar kepada ilmu dari kecil.

Beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan memperolehi Diploma dan Ijazah dalam Ukur Bahan, seterusnya mendapat tajaan dari UTM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (MBA) di University of Stirling, Scotland, United Kingdom di bawah skim tenaga pengajar UTM pada tahun 1989. Pada 2006, beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Value of Management dari Universiti Teknologi Mara.

Pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang diperolehi dalam bidang akademik, penyelidikan, perkhidmatan masyarakat dan perundangan, antaranya,  semasa beliau di Scotland, beliau menjadi “Member of the Chartered Institute of Marketing”, di University of Canberra Australia, beliau dianugerahkan “Member of The Institute of Value Engineering Australia”, (Orang Pertama Bukan Warganegara Australia) dan antara yang termuda mendapat gelaran Professor Madya pada usia 33 tahun di UTM.

Beliau pernah memegang jawatan Professor Madya  dan mengetuai Jabatan Ukur Bahan di Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia dengan berlatar belakangkan Ukur Bahan dan ‘Value Management’. Selain daripada itu, beliau pernah bekerja di Petronas dan Jabatan Kerja Raya dari 1981 – 1984.

Penglibatan dan sumbangan besar beliau dalam ‘Value Management’ di dalam pelbagai sektor antaranya seperti Unit Perancang Ekonomi, Institusi Pengajian Tinggi, Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airports Holding Berhad telah membantu menjimatkan jutaan perbelanjaan kerajaan mahupun swasta.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 01 Mac 2015.

 

PENGARAH EKSEKUTIF

YBRS TUAN HAJI ABDUL RASHID BIN MOHD YUSOFF

Dilahirkan pada 06 Disember 1955, merupakan seorang individu yang berkeperibadian yang amat sederhana, mudah didekati dan sentiasa memberikan senyuman.

Mempunyai pengalaman kerja melebihi 31 tahun, kebanyakannya dibidang perakaunan, pengauditan, pelaburan dan kewangan sejajar dengan bidang pendidikan yang dipilih iaitu Perakaunan dari Institut Teknologi Mara (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara).

Memulakan kerjaya beliau seawal usia 23 tahun di Hanafiah Roslan & Mohamed (sekarang dikenali sebagai Ernst & Young) selama 4 tahun dengan jawatan akhir sebagai Audit Senior. Beliau meneruskan kerjaya di Kompleks Kewangan Industries Sdn. Bhd. selaku Akauntan dan pada tahun 1985, beliau menyertai Patco Malaysia Bhd sebagai Pengarah Urusan Kumpulan selama 12 tahun, seterusnya dipindahkan ke anak syarikat Rumpun Hijau Capital Bhd sebagai ‘Senior Vice President’ selama 3 tahun.

Pada Oktober 2000, beliau menyertai Autoair Holdings Berhad dengan jawatan akhir sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan/Pengarah Eksekutif dan jawatan akhir beliau sebelum bersara adalah Executive Director, Finance and Corporate Planning di Ace Polymers Group of Companies.

Pelbagai pencapaian yang dicapai disepanjang kerjaya beliau, antaranya, membantu syarikat mendapat keuntungan jutaan ringgit dalam satu transaksi saham, mencatat jutaan ringgit dalam pendapatan jualan dan megurangkan kos syarikat serta menyelesaikan jutaan kerugian dengan jayanya.

Sebelum menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) secara tetap, beliau merupakan penasihat dalaman kumpulan PMBK.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah sekaligus dilantik sebagai Pengarah Eksekutif   PMBKD pada 10 April 2016.