About

^3BC7CF03063B67EDA99E15AF4F1CC1F826D5FAB5304BEF0957^pimgpsh_fullsize_distr

PMBK Development Sdn. Bhd. (PMBKD) adalah nama baru bagi Tunjong Development Corporation Sdn Bhd (TDC). Merupakan sebuah syarikat pembangunan hartanah dan secara rasminya penukaran nama telah dibuat pada 06 Mei 2015. PMBKD merupakan sebuah syarikat yang telah diperbadankan pada 14 Februari 2007. PMBKD mula beroperasi secara aktif pada 01 Muharram 1432H bersamaan 07 Disember 2010 dan beroperasi di pejabat urusan PT 403 di Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu Kelantan. PMBKD merupakan anak syarikat 100% milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), yang pada asalnya ditubuhkan untuk menjadi pemaju utama projek Pembangunan Bandar Baru Tunjong (BBT), Kota Bharu, Kelantan yang meliputi tanah seluas 2,000 ekar. BBT ini berfungsi sebagai salah satu Bandar satelit Kota Bharu yang moden dan bercirikan Islam sebagai gaya hidup dari semua aspek.

Namun begitu selaras dengan perkembangan syarikat serta hasrat PMBK untuk menjadikan PMBKD sebagai sayap utama pembangunan hartanah bagi pihaknya, PMBKD sedang giat mengembangkan perniagaannya dengan mengadakan perancangan untuk membangunkan tanah-tanah lain yang strategik di dalam dan luar negeri Kelantan. Di antaranya ialah pembangunan perumahan bercampur di Gua Musang, perumahan di Jeli, , pembangunan SOHO (kondominium mewah dan pejabat Sri Kelantan di Jalan Stonor Kuala Lumpur, Pembangunan Rumah Sri Kelantan di Putrajaya dan Pembangunan Bandar-Bandar Baru seperti Bandar Sukan (Stadium Negeri) di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan Kelantan Eco-City Waterfront Development.