- Bandar satelit kepada Bandar Kota Bharu sediada yang tidak lagi dapat menampung kepesatan pembangunan di dalamnya.
- Tanah-tanah terbiar yang tidak diusahakan secara ekonomik dan tidak mungkin dapat dimajukan sekiranya tidak dibuat perancangan menyeluruh telah diambil dan dibayar pampasan oleh Kerajaan Negeri pada harga yang tinggi berbanding harga sebenar tanah-tanah tersebut.
- Meningkatkan nilai hartanah bagi tanah-tanah disekitar pembangunan BBT.
- Tuan-tuan asal tanah turut serta sebagai rakan kongsi di dalam pembangunan BBT selain daripada hanya menerima bayaran pampasan keatas tanah mereka (Pembangunan Bersyafaat).
- Memberikan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk sekitar disebabkan limpahan pembangunan yang dimajukan di BBT.
MANFAAT PEMBANGUNAN
- Pembangunan institusi Kerajaan Persekutuan secara tidak langsung memberikan kemudahan kepada rakyat.
- Mengurangkan masalah pengangguran dengan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk disekitarnya.
- Menyediakan pinjaman mudah tanpa faedah kepada peniaga-peniaga kecil untuk memiliki premis perniagaan.
- Mengoptimumkan penggunaan tanah dengan jenis pembangunan yang sesuai.
- Menaiktarafkan Majlis Perbandaran Kota Bharu menjadi berstatus Dewan Bandaraya dan Majlis Daerah Ketereh berstatus Majlis Perbandaran setelah keseluruhan pembangunan disiapkan.
- Menyumbangkan hasil kewangan kepada kerajaan dengan kutipan cukai-cukai seperti cukai perniagaan dan lain-lain.