Pembangunan perumahan bercampur ini dibangunkan di atas tanah Lot 150, Daerah Jeli Kelantan milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Lokasinya yang amat strategik iaitu berhampiran dengan Kampus UMK Jeli, Politeknik Jeli dan MRSM Jeli.
Komponen pembangunan yang dicadangkan ialah :-
- 52 unit rumah teres 1 tingkat.
- 14 unit teres 2 tingkat.
- 7 unit rumah banglo 1 tingkat.
- TNB Sub Station (single chamber)
- Sistem Kumbahan Berpusat
- Kawasan Lapang
Nilai pembangunan ini ialah sebanyak RM 12 juta. Kerja-kerja pembinaan bangunan di jangka bermula pada September 2014 dan siap dalam tempoh 2 tahun.