Pembangunan dimajukan secara usahasama dengan Noble Residence Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Naim Indah Corporation Bhd yang berdaftar di Bursa Saham KL. Fasa 1 (Kedai Pejabat) bermula pada 2007 dan siap beroperasi pada 2010. Fasa 2 (Kedai Pejabat & Bazar Rakyat) di jangka siap pada penghujung tahun 2015).
Semasa awal jualan (2007), seunit kedai pejabat 3 tingkat berharga RM400 ribu tetapi untuk Fasa 2 yang dimulakan jualan pada 2012, harga jualan kini telah melebihi RM 1 juta bagi seunit kedai pejabat 3 tingkat.
Permintaan tinggi terhadap pemilikan kedai-kedai pejabat ini adalah disebabkan wujudnya pusat-pusat tumpuan orang ramai.