Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi PMBK Development Sdn. Bhd.
PMBKDPMBKDPMBKD
or 09-747 7997
admin@pmbkd.com.my
Kelantan

YABRS. TN. HJ. ABDUL RASHID BIN MOHD. YUSOFF

Pengarah Eksekutif

YABRS. TN. HJ. ABDUL RASHID BIN MOHD. YUSOFF

Dilahirkan pada 06 Disember 1955, merupakan seorang individu yang berkeperibadian yang amat sederhana, mudah didekati dan sentiasa memberikan senyuman.

Mempunyai pengalaman kerja melebihi 31 tahun, kebanyakannya dibidang perakaunan, pengauditan, pelaburan dan kewangan sejajar dengan bidang pendidikan yang dipilih iaitu Perakaunan dari Insitutut Teknologi Mara (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara).

Memulakan kerjaya beliau seawal usia 23 tahun di Hanafiah Raslan & Mohamed (sekarang dikenali sebagai Ernst & Young) selama 4 tahun dengan jawatan akhir sebagai Audit Senior. Beliau meneruskan kerjaya di Kompleks Kewangan Industries Sdn. Bhd. selaku Akauntan dan pada tahun 1985, beliau menyertai Patco Malaysia Bhd sebagai Pengarah Urusan Kumpulan selama 12 tahun, seterusnya dipindahkan ke anak syarikat Rumpun Hijau Capital Bhd sebagai ‘Senior Vice President’ selama 3 tahun.

Pada Oktober 2000, beliau menyertai Autoair Holdings Berhad dengan jawatan akhir beliau sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan/Pengarah Eksekutif dan jawatan akhir beliau sebelum bersara adalah Executive Director, Finance and Corporate Planning di Ace Polymers Group of Companies.

Pelbagai pencapaian yang dicapai disepanjang kerjaya beliau, antaranya, membantu syarikat mendapat keuntungan jutaan ringgit dalam satu transaksi saham, mencatat jutaan ringgit dalam pendapatan jualan dan mengurangkan kos syarikat serta menyelesaikan jutaan kerugian dengan jayanya.

Sebelum menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) secara tetap, beliau merupakan penasihat dalaman kumpulan PMBK.

Beliau mula menyertai PMBKD sebagai Ahli Lembaga Pengarah sekaligus dilantik sebagai Pengarah Eksekutif PMBKD pada 10 April 2016.